CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Friday, December 31, 2010

Back to school 2011.. 2 hari lg..

sibuknya sejak akhir2 ini...lebih2 lagi bila musim persekolhan thn 2011 akn tiba ...preparation sekolah untuk anak2..guna apa yg masih boleh dipakai, beg, baju, seluar, kasut yg masih boleh di guna akan dipakai utk thn 2011..kalau boleh mengoptimumkan penjimatan, beli apa yang perlu sahaja!!
Hari ni dah beli buku2 & Kitab utk sek.agama, esok pula utk sekolah kebangsaan pulak.. Anak2 mama(Azhad, Irfan n Irwan), mama cuma mengharapkan kalian akan belajar bersungguh2 usaha dan terus berusaha ! Jika 2010 mendpat result exam yang tidak bagus, mama sgt2 berharap 2011 kalian akan berusaha dan rajin2 belajar.

Wednesday, December 29, 2010

Buku oh buku

Buku?.buku apa?.apalagi buku sekolah la..hehe..dah naik sekolah apalagi kalau tak mikir nak beli buku anak2..Ok.untuk sekolah agama esok..ops dah hari khamis yer..Khamis n Jumaat boleh lah g beli buku dan sekolah kebangsaan beli pd 1/1/2011 ari sabtu..emmm kerana jumaat cuti umum coz Malaysia dah menang piala suzuki, so aku akn wat pembelian pd hari jumaat yer..dan hari sabtu..Kos buku?..oh ye utk 3 org anak dari darjah 2, 3 dan darjah 6 =-+ $650 utk sek.agama+sek kebgsaan. Pastu sampul buku..waaa 3 org punya buku ..emmm ni nak kena ajar bujang2 mama menyampul buku...mahu jenuh satu hari kena wat kerja2 penyampulan ini..
Tahun 2011 , Azhad Haikal akan menghadapi UPSR, mama yg seram+takut..harap sangat Haikal akan berusaha untuk belajar bersungguh2 yer..buat semampu boleh.Mama akan sentiasa doakan Haikal tidak mudah berputus asa an yakin boleh!!

2011 yang semakin menghampiri...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini 29.12.2010, lagi 2 hari untuk melangkah ke tahun 2011, cepatnya masa... .365hari setahun begitu cepat ianya berlalu..Musim persekolahan juga akan bermula pada 03.01.2011, bertambah sibuklah aku nanti melayan karenah 3 hero2 ku itu. Hampir 6 minggu cuti sekolah terasa begitu cepat banget..ini bermakna lagi 4 hari lagi setiap pagi rumah aku ni akan riuh rendah dgn ragam anak2 untuk bangun pagi ke sekolah...tentunya si irwan paling susah nak bangun awal..harap2 dah nak masuk darjah 2 ni akan berubahlah anak kecil ku itu....
Aku bahagia dengan kehidupan sekarang ini walaupun serba sederhana, sekurang-kurangnya aku perlu bersyukur dengan apa yang aku ada kini.Alhamdulilah, semoga menjelangnya tahun 2011 ini akan bertambah rezeki  dan kebahagiaan untuk keluargaku, anak2 ku serta sahabat2ku..
Kadang2 yang kaya raya pun belum tentu menjamin kebahagiaan hidup. Ini tidak juga bermakna hidup tidak memerlukan wang ringgit...sekarang ni hidup akan huruhara jika kemiskinan melanda.Bersederhana dalam hidup, sentiasa ingat yang Maha Esa InsyaAllah jika kita berusaha rezeki ada dimana-mana.Bukan senang untuk senang , tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan , juga jangan percaya Skim Cepat Kaya atau kita akan cepat kayap.Pengalaman hidup banyak mencorakkan kehidupan kita dimasa akan datang, Hargai dan sayangi apa yang kita ada sekarang dan aku percaya bahwa hanya KITA yang akan merubah nasib diri kita...InsyaAllah..
Untuk semua semoga kebahagiaan, kejayaan dan impian kita semua di tahun 2011 ini akan tercapai..Hidup terus maju kehadapan..menoleh kebelakang sekadar melihat apa yang tertinggal utk kita teruskan mencapainya di masa depan..

hari ini dalam sejarah

Betul ke? ye ke ni aku nak create blog?..hahaha...utk sahabatku jana aku cuba, try ber blog ari ni...