CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, March 3, 2011

Zaman kanak-kanak riang di F.Sening

Indahnya hidup masa budak-budak dulu...tak payah banyak fikir seperti orang dewasa, dalam otak cuma fikir bermain, bermain dan bermain. Aku masih ingat dan takkan lupa zaman kanak-kanak di Felda Sening, Masa mula-mula abah dapat tawaran masuk Felda. dalam tahun 1980 aku rasa2,.mak memang suka sangat, walaupun dulu abah dah buat rumah dikampung, tetapi mak aku teruja sungguh nak duduk felda, yelah ada sedara mak yang terlebih dulu masuk Felda, di tambah lagi ditawarkan 10 ekar tanah kelapa sawit..

Satu-satunya gambar yang aku ada masa darjah 5Melati..menumpang di Sek.Rendah Adela

Hati Abah memang berbelah bahagi, tetapi kerana sayangkan mak, abah pergi juga berpindah ke Felda Sening Kota Tinggi, Pada masa itu seingat aku,usia aku baru enam tahun, Angah pulak 3 tahun dan Uda masih dalam perut mak.. Adik Ana?..emmm belum wujud lagi..hhehe

Abah dapat mendiami satu unit rumah di alamat 1360 Block 15 Felda Sening...aku masih ingat lagi bentuk rupa rumah ku dulu, Rumah kayu patern rumah yang sama mempunyai satu bilik, ruang tamu , dapur dan paling aku suka lepak di beranda rumah untuk menikmati angin sepoi2..yelah rumah atas bukit angin kuat..yang lecehnya untuk sampai kerumah kami terpaksa mendaki anak2 tangga yang dibuat oleh abah..seronoknya kami turun naik tangga tanpa rasa penat..

Oh ye..aku berjiran dengan Pak Awi dan Mak Yah, mereka punya 3 orang anak, iaitu Kak Nor, Budin dan Baha.Pak Awi ni berasal dari Endau, Mak Yah pulak dari Kelantan, Family diorang ni amat baik dengan family aku..hingga sekarang walaupun mak dan abah dah duduk kampung, tapi hubungan kami masih berlangsung dengan baik.Mak kadang-kadang telepon bertanya khabar..banyak kenagan kami adik beradik dan anak2 pak awi masa duduk di sana...memang indah, seronok dan kelakr bila di imbas semula..aku rindu sangat-sangat zaman itu..

Seingat aku masa tu air tiada lagi, jadi kami kena sediakan tong air di depan rumah kerana setiap pagi atau petang ada lori tangki air datang untuk isi mengisi air ditong itu,,siksanya aku lihat mak dan abah mengangkut air ke atas rumah kami...paling kami seronok bila air takde, abah ajak kami adik beradik ke paya untuk angkut air..peuang ni aku gunakan untuk mandi sepuas2nya dengan angah..air paya yang jernih dan sejuknya amat memang tempat feberet kami berkubang...hahaha, tapi yang boringnya tu kena tolong angkut air ke rumah..adui semputnya rasa walaupun aku cuma bawak air dalam baldi kecik ..

Bila umur aku masuk 7 tahun, abah hantar aku balik kampung untuk sekolah disana, yang aku ingat aku sekolah dalam satu tahun di Sek.keb Seri Jaya..Bila naik darjah 2 aku cakap ngan abah aku nak sekolah kat Felda.Dulu Felda Sening takde Sekolah rendah, jadi anak2 di Felda Sening menumpang sekolah di Felda Adela. Seronoknya zaman sekolah dulu...yelah nak mikir apa? dalam kepala asyik nak main je, tak pernah nak mikir masalah orang dewasa..walaupun jauh menapak ke sekolah tapi seronok sungguh rasanya..panas matahari 20 tahun dulu tak sama macam sekarang...sekarang ni pukul 10 pagi dah macam kul 1 petang..bahang amat terasa..

uiii dah banyak aku membebel ni..sambung la esok..


Thursday, February 24, 2011

apa yang aku risau?

apa nak tulis? dah lama tak mengupdate blog aku ni..hahaha...ala aku je yg baca..mcm syok sendiri..sendiri tulis sendiri baca..aku bukannya reti sangat mengarang ayat..patutla dulu BM subject  jarang2 score..
emmm nampaknya si bujang Haikal pun mempunyai masalah sama ngan aku...bila wat essei BM..memang kureng...
alhamdulillah sejak dia join tuisyen sekolah ni ada perubahan .moga-moga perubahan positif ini sehingga exam UPSR...
                                     anak2 bujang yg semakin membesar macam2 ragam.....

Bila aku ada masalah apa yang aku buat?..kadang-kadang ada problem yg boleh share dengan kawan-kawan, dan ada problem yang tak mampu aku share..dengan sesiapa...hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Sebenarnya bila share dengan kawan2..aku akan rasa lega..atleast dpt mengurangkan tekanan..tetapi jika problem yg tidak dapat aku luahkan pada kawan2 ..maka terpendamlah ia di hati ..hanya padaMu Ya Allah tempat ku mengadu..
Sebenarnya apa masalah aku ni?..adakah aku bermasalah? atau buat masalah? atau buat2 ada masalah?.
sekarang yang aku risau..aku rasa nafsu makan aku mendadak naik..aiyooo aku takut sangat..kalau nak ikutkan family semuanya "semangat"2 hehehe.     

apakah aku akan menjejaki mereka-mereka itu..lihat ni my lovely makcik dulu diorang slim giler..hehehe..but now..emmm nanti senang-senang aku carik gambar diorang masa muda..hehehe
                    Yang duduk dikerusi tu adik2 mak aku..dari kanan Mak Rugayah, Mak Nani and Mak Usu, yang bersila tu anak2 sedara mereka..Jangan tak percaya masa zaman anak dara diorang body diorang slim melim..mcm aku..hahaha

Emm ...apakah aku akan mengikuti jejak mereka...jeng...jeng...berat terkini aku 60.2kg..dari 55kg 2 bulan lepas...berat ideal aku hingga 64kg,,,jika lebih BMI sudah tidak stable..wahhh....akhirnya aku berjaya menambah berat badan ku..YES!!

     Dengan Mak Nani yang sporting..dia dah slim sikit, apa rahsia?..
 
 
Ini Ecut, anak sedara asben...boleh tahan tembam..heheh..tapi sekarang dah slim sikit ,ini mesti penangan Teh Herbalife..bukan sahaja bagus untuk kuruskan badan tapi bagus jika punya penyakit darah tinggi n diabetes.
 
aku n hubby..agak2 dah sama2 "membesar" n sihat..
dan yang pasti En.Hubbyku, sedang mengamalkan minum teh Herbalife ini..credit to mak mertua kerana dialah orang pertama yang mencubanya....so tunggu  yer testimonial akan datang,,,
 
 
Jana: ehhh ta,,ko ni nak tulis blog pasal apa?..pasal teh? mcm promo ajer..
Jijah: betu tu na...
Aku: alamak lupa la..aku terbuat marketing teh Herbalife ke....hahahaha,,,apa2 aje la kawan2 ku..
 

Sunday, January 16, 2011

jangan mengharap balasan bila membantu...ingat tu!!

Salam n salam utk semua sahabat2 ku...lama tak menulis...Jana mesti cakap mcm biskut hehehe..biksut cipsmore ke biskut marie?..
kalau aku tulis pun tak ramai yg baca..hahaha...pasal aku tak publishkan dimana2 kecuali si Jana aje tau..Jijah pun belum ku bgtau apalgi kawan2 lain.. sbnarnya aku menulis utk aku baca sndiri..bleh gitu?
apa ajela..
Sbnarnya apa kena mengena tajuk ari ni ngan apa yg aku akn tulis ari ni ye..
dalam kehidupan harian..bantu membantu dan tolong menolong dah menjadi lumrah hidup kan..
selama 37 tahun , selama bekerja sendiri makan gaji dgn syarikat sendiri (walaupun syrikat kecil yg belum layak di apungkan ke Bursa MAlaysia)..hehehe..Alhamdulilah walaupun belum kaya raya. walaupun belum dpt MPV idaman(ni target 2012) hehehe..n walaupun apa2.. aku rasa bahagia dan bersyukur apa yang aku ada.. dan akan ada..hee
Selama 3 tahun pelbagai ragam manusia ku temui..ragamnya tidak sepertimana yg aku alami semasa bekerja dengan orang lain..Setiap hari bertemu dengan bermacam manusia dari jawatan atau pangkat yg rendah hingga jawatan yg tinggi dalam satu organisasi atau jabatan merupakan pengalaman yang amat berharga.Aku akan ambil yang positif dan hindari yg negatif pastinya..
Pernahkah terfikir jika kita membantu seseorang kita mengharapkan orang itu akan membatu kita jika kita dalam kesusahan? emm..hakikatnya juga bukan begitu kan..membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan..InsyaAllah orang lain yang akan membantu kita..itu pengalaman aku sendiri..kadang2 kita tak menyangka orang yg kita sangka tak membantu rupanya dialah yang banyak membantu kita.. kenapa aku mengatakan begitu?..hah! org putih cakap " Don't judge the book by this cover"..aku setuju sangat..
Aku bersyukur kerana ditemukan orang yang baik dan membantu aku di masa memerlukan..pastinya bukan sekadar wang ringgit tapi membantu dari pelbagai segi..Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan dari orang lain.Jadi bila seseorang mempercayai kita tolong JANGAN khianati..JANGAN lupa diri.
Rezeki yang  dapat hasil susah payah usaha dan pasti doa mak abah aku..terima kasih mak dan abah kerana mereka insan yang teramat penting dalam hidup aku selain suami yang banyak membantu, berkorban wang ringgit dan anak-anak penyejuk hatiku.
Berbakti pada mak n abah pasti kita akan dilimpahi rezeki  berpanjangan,insyaAllah, so,jangan anda kedekut dengan ibubapa atau ibubapa mertua..aku memang memerlukan doa2 mereka ini.. Aku selalu berdoa semoga rezeki yang aku dapat nanti boleh dikongsikan bersama untuk melihat insan-insan yang aku sayang ini bahagia dan bergembira hingga akhir hayat..