CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Thursday, March 3, 2011

Zaman kanak-kanak riang di F.Sening

Indahnya hidup masa budak-budak dulu...tak payah banyak fikir seperti orang dewasa, dalam otak cuma fikir bermain, bermain dan bermain. Aku masih ingat dan takkan lupa zaman kanak-kanak di Felda Sening, Masa mula-mula abah dapat tawaran masuk Felda. dalam tahun 1980 aku rasa2,.mak memang suka sangat, walaupun dulu abah dah buat rumah dikampung, tetapi mak aku teruja sungguh nak duduk felda, yelah ada sedara mak yang terlebih dulu masuk Felda, di tambah lagi ditawarkan 10 ekar tanah kelapa sawit..

Satu-satunya gambar yang aku ada masa darjah 5Melati..menumpang di Sek.Rendah Adela

Hati Abah memang berbelah bahagi, tetapi kerana sayangkan mak, abah pergi juga berpindah ke Felda Sening Kota Tinggi, Pada masa itu seingat aku,usia aku baru enam tahun, Angah pulak 3 tahun dan Uda masih dalam perut mak.. Adik Ana?..emmm belum wujud lagi..hhehe

Abah dapat mendiami satu unit rumah di alamat 1360 Block 15 Felda Sening...aku masih ingat lagi bentuk rupa rumah ku dulu, Rumah kayu patern rumah yang sama mempunyai satu bilik, ruang tamu , dapur dan paling aku suka lepak di beranda rumah untuk menikmati angin sepoi2..yelah rumah atas bukit angin kuat..yang lecehnya untuk sampai kerumah kami terpaksa mendaki anak2 tangga yang dibuat oleh abah..seronoknya kami turun naik tangga tanpa rasa penat..

Oh ye..aku berjiran dengan Pak Awi dan Mak Yah, mereka punya 3 orang anak, iaitu Kak Nor, Budin dan Baha.Pak Awi ni berasal dari Endau, Mak Yah pulak dari Kelantan, Family diorang ni amat baik dengan family aku..hingga sekarang walaupun mak dan abah dah duduk kampung, tapi hubungan kami masih berlangsung dengan baik.Mak kadang-kadang telepon bertanya khabar..banyak kenagan kami adik beradik dan anak2 pak awi masa duduk di sana...memang indah, seronok dan kelakr bila di imbas semula..aku rindu sangat-sangat zaman itu..

Seingat aku masa tu air tiada lagi, jadi kami kena sediakan tong air di depan rumah kerana setiap pagi atau petang ada lori tangki air datang untuk isi mengisi air ditong itu,,siksanya aku lihat mak dan abah mengangkut air ke atas rumah kami...paling kami seronok bila air takde, abah ajak kami adik beradik ke paya untuk angkut air..peuang ni aku gunakan untuk mandi sepuas2nya dengan angah..air paya yang jernih dan sejuknya amat memang tempat feberet kami berkubang...hahaha, tapi yang boringnya tu kena tolong angkut air ke rumah..adui semputnya rasa walaupun aku cuma bawak air dalam baldi kecik ..

Bila umur aku masuk 7 tahun, abah hantar aku balik kampung untuk sekolah disana, yang aku ingat aku sekolah dalam satu tahun di Sek.keb Seri Jaya..Bila naik darjah 2 aku cakap ngan abah aku nak sekolah kat Felda.Dulu Felda Sening takde Sekolah rendah, jadi anak2 di Felda Sening menumpang sekolah di Felda Adela. Seronoknya zaman sekolah dulu...yelah nak mikir apa? dalam kepala asyik nak main je, tak pernah nak mikir masalah orang dewasa..walaupun jauh menapak ke sekolah tapi seronok sungguh rasanya..panas matahari 20 tahun dulu tak sama macam sekarang...sekarang ni pukul 10 pagi dah macam kul 1 petang..bahang amat terasa..

uiii dah banyak aku membebel ni..sambung la esok..