CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Sunday, January 16, 2011

jangan mengharap balasan bila membantu...ingat tu!!

Salam n salam utk semua sahabat2 ku...lama tak menulis...Jana mesti cakap mcm biskut hehehe..biksut cipsmore ke biskut marie?..
kalau aku tulis pun tak ramai yg baca..hahaha...pasal aku tak publishkan dimana2 kecuali si Jana aje tau..Jijah pun belum ku bgtau apalgi kawan2 lain.. sbnarnya aku menulis utk aku baca sndiri..bleh gitu?
apa ajela..
Sbnarnya apa kena mengena tajuk ari ni ngan apa yg aku akn tulis ari ni ye..
dalam kehidupan harian..bantu membantu dan tolong menolong dah menjadi lumrah hidup kan..
selama 37 tahun , selama bekerja sendiri makan gaji dgn syarikat sendiri (walaupun syrikat kecil yg belum layak di apungkan ke Bursa MAlaysia)..hehehe..Alhamdulilah walaupun belum kaya raya. walaupun belum dpt MPV idaman(ni target 2012) hehehe..n walaupun apa2.. aku rasa bahagia dan bersyukur apa yang aku ada.. dan akan ada..hee
Selama 3 tahun pelbagai ragam manusia ku temui..ragamnya tidak sepertimana yg aku alami semasa bekerja dengan orang lain..Setiap hari bertemu dengan bermacam manusia dari jawatan atau pangkat yg rendah hingga jawatan yg tinggi dalam satu organisasi atau jabatan merupakan pengalaman yang amat berharga.Aku akan ambil yang positif dan hindari yg negatif pastinya..
Pernahkah terfikir jika kita membantu seseorang kita mengharapkan orang itu akan membatu kita jika kita dalam kesusahan? emm..hakikatnya juga bukan begitu kan..membantu dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan..InsyaAllah orang lain yang akan membantu kita..itu pengalaman aku sendiri..kadang2 kita tak menyangka orang yg kita sangka tak membantu rupanya dialah yang banyak membantu kita.. kenapa aku mengatakan begitu?..hah! org putih cakap " Don't judge the book by this cover"..aku setuju sangat..
Aku bersyukur kerana ditemukan orang yang baik dan membantu aku di masa memerlukan..pastinya bukan sekadar wang ringgit tapi membantu dari pelbagai segi..Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan dari orang lain.Jadi bila seseorang mempercayai kita tolong JANGAN khianati..JANGAN lupa diri.
Rezeki yang  dapat hasil susah payah usaha dan pasti doa mak abah aku..terima kasih mak dan abah kerana mereka insan yang teramat penting dalam hidup aku selain suami yang banyak membantu, berkorban wang ringgit dan anak-anak penyejuk hatiku.
Berbakti pada mak n abah pasti kita akan dilimpahi rezeki  berpanjangan,insyaAllah, so,jangan anda kedekut dengan ibubapa atau ibubapa mertua..aku memang memerlukan doa2 mereka ini.. Aku selalu berdoa semoga rezeki yang aku dapat nanti boleh dikongsikan bersama untuk melihat insan-insan yang aku sayang ini bahagia dan bergembira hingga akhir hayat..