CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Monday, February 6, 2012

dah jadi apa blog aku ni?..bersawang...

Asalamualaikum..dan salam sejahtera untuk kamu semua..dah setahun tak update blog rupanya...bersawang..berhabuk dan macam-macam yang ada..Kesibukan kerja dan kekangan masa menjadikan blog ini terpinggir..emm..dalam setahun ini terlalu banyak peristiwa, kejadian yang dilalui dan 1001 cerita yang tak mampu nak diceritakan dalam satu masa...
Peristiwa yang paling menyentuh hati dan perasaan tentunya pemergian ibu mertua tersayang pada 01.02.2012 Rabu, 2.44pagi.. Pemergiannya secara mengejut tiada tanda-tanda sakit .
Hidup lawannya mati..aku redha di atas pemergiannya...sudah tiba masanya..Alhamdulillah pemergiannya mengadap Illahi begitu mudah..teringat kata-katanya semasa hayat..selalu mak berdoa jika Allah ingin ambil nyawanya biarlah dengan cara yang mudah dan yang penting tidak akan menyusahkan anak-anak dan cucu-cucu.. Allah memakbulkan doa mak..cuma kami tidak dapat mendengar pesanan terakhir dari mak..
Hari Sabtu 28.01.2012,3 hari sebelum mak diserang strok , mak menghantar Haikal balik ke rumah ku..setelah seminggu Haikal menghabiskan cuti sekolah di kampung. HAikal beruntung dapat menghabiskan masa bersama mak pada minggu2 terakhir. Tapi aku perasan ketika itu mak banyak diam daripada biasa..mungkin penat..sempat lagi aku mengajak mak , anak sedara suami dan anak-anak makan di kedai belakang opis.Itulah kali terakhir kami makan bersama..Bila tiba masa balik..mak memeluk aku erat2 tidak seperti biasanya..tanpa aku sedari itulah pelukan terakhir mak...hangatnya masih terasa sehingga kini...

Belum puas aku berbakti pada mak..dia telah pergi dulu.Membantu dan memangku semasa memandikan mak itu lah bakti yang terkahir yang dapat aku lakukan.. Hangat badannya dapat dirasakan semasa kami adik beradik, cucu dan menantu memandikannya,melihat wajah mak yang bersih dan tenang.. Aku menahan air mata ini jatuh, betul-betul kena kuatkan semangat.
Ini juga pengalaman pertama aku membantu memandikan jenazah.. Kami mandikan dengan kasih sayang..menjirus dengan tertib..membantu juga untuk mengkafankannya..Ini sahaja yang mampu aku buat untuk mak yang telah banyak membantu aku dimasa susah dahulu..
Masih segar diingatan..semasa melahirkan Azhad Haikal anak sulungku 13 tahun yang lepas..Mak sanggup bermalam di rumah Mak ku untuk menjaga aku hampir seminggu lamanya..Mak jugak lah yang menyapu ubat di bahagian luka melahirkan.. sampai Mak aku sendiri cakap..dia sendiri tak pernah buat sebagaimana Mak mertua aku buat..Mak jugakla yang menjirus air ke badan bila aku mandi . Ketika melahirkan anak sulung..jahitan aku memang panjang, emosi tidak stabil..Mak jugaklah yang banyak memujuk..Ya Allah..begitu banyak yang di lakukan untuk aku..

Setelah 7 hari mak pergi..aku memang amat-amat terasa kehilanngannya...kasih sayangnya umpama mak sendiri, mak tak pernah membezakan kasih sayang antara menantu (hanya dua orang menantu perempuan Mak termasuk aku) .terlalu banyak memori indah dah kenangan bersamanya selama 13 tahun menjadi menantunya..Tapi yang lebih terpukul kehilangannya tentu suamiku..di saat Mak diserang strok dan koma..kebetulan jatuh pada hari lahirnya yang ke 38thn pada 30.01.2011, pastinya pada tahun-tahun berikutnya tarikh ini memberi lebih makna pada dia..Tapi aku tahu dia juga redha di atas pemergian Mak..
Ya Allah...tempatkanlah Mak di kalangan hamba-hambaMu yang beriman,semoga rohnya dicucuri rahmat olehNYa...Al Fatihah... Amin...

0 comments:

Post a Comment